Suami kerat mayat isteri, agih daging pada jiran - Utusan Malaysia

Suami kerat mayat isteri, agih daging pada jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya dengan mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian sebelum dagingnya dilapah dan diagihkan kepada jiran.

Insiden jenayah mengerikan itu berlaku di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, kawasan Rancah, daerah Ciamis di Jawa Barat, semalam.

Suspek dikenal pasti sebagai Tarsum, 41, manakala, mangsa adalah Yanti, 40.

Antara individu yang ditawarkan daging mangsa termasuk ketua kampung, Yoyo Tarya.

“Pada mulanya, saya tidak tahu berlaku pembunuhan. Tidak lama selepas itu, saya terdengar jeritan suara Tarsum yang menyebut tentang daging isterinya seperti orang kurang siuman,” kata Yoyo.

Dia kemudian melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa dan suspek berjaya ditangkap.

Saksi percaya mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh dengan kejam, lalu tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.

Difahamkan, tiga hari sebelum insiden itu, Tarsum yang merupakan penjual kambing di kampung berkenaan dikatakan murung kerana masalah kewangan. Dia juga diburu pemiutang.

Pihak polis juga sudah berurusan dengan pihak berkaitan untuk menilai kesihatan mental suspek.

Barang bukti termasuk sebilah pisau yang disyaki digunakan untuk mengerat mangsa di lokasi kejadian juga sudah dirampas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya