Ribut dan hujan lebat di Riyadh, pelajar ikuti pembelajaran jarak

Ribut dan hujan lebat di Riyadh, pelajar ikuti pembelajaran jarak jauh

DUA remaja meredah banjir di bandar Jeddah pada 24 November 2022. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pelajar di ibu kota Arab Saudi, Riyadh beralih kepada pembelajaran jarak jauh atau dalam talian hari ini ketika negara berdepan keadaan cuaca yang tidak stabil.

Pusat Meteorologi Kebangsaan negara itu berkata bahawa beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi akan mengalami cuaca buruk sehingga Jumaat ini dengan hujan sederhana hingga lebat.

Direktorat Am Pertahanan Awam Arab Saudi juga mengeluarkan amaran cuaca buruk dan arahan keselamatan menggesa orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berada di dalam rumah semasa cuaca ribut.

Selain Riyadh, sekolah-sekolah di Jeddah, Mekah dan Madinah diminta beralih kepada kelas dalam talian melalui platform pembelajaran jauh, Madrasati minggu ini selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca buruk.

Dalam beberapa minggu terakhir bulan April, beberapa negara di seluruh Teluk  termasuk Emiriah Arab Saudi (UAE), Oman dan Bahrain dilanda ribut lebat yang menyaksikan paras hujan yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Semalam, banjir dan hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi, memaksa penutupan jalan raya dan sekolah membatalkan kehadiran secara bersemuka.

Rakaman video yang dilaporkan oleh agensi medi seperti Sky News dan lain-lain yang tersebar dalam media sosial menunjukkan banjir kilat pada di wilayah Al-Ula dan Madinah.

Rakaman yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan hujan lebat berhampiran masjid.

Kejadian Ini berlaku beberapa hari selepas banjir kilat melanda negara jiran UAE dan Oman di tenggara, kejadian jarang berlaku pada tahun ini sebahagiannya dipersalahkan atas perubahan iklim.

Pada November 2022, Arab Saudi pernah dilanda banjir akibat hujan lebat iaitu di bandar Jeddah di mana dua orang terbunuh.

Banjir di Jeddah adalah masalah berulang yang dikaitkan dengan kekurangan saliran hujan.

Banyak bandar di negara-negara Teluk dibina tanpa sistem saliran ribut yang mencukupi kerana perancang bandar pada abad ke-20 tidak menjangkakan perubahan dramatik di kawasan yang biasanya gersang di Arab.

Menurut laporan media Arab Saudi, pihak berkuasa kini sedang menilai keadaan di kawasan yang terjejas.

Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa penduduk supaya berhati-hati dan mengelakkan lembah dan laluan air. 

Mereka menasihatkan agar tidak melintas atau memasuki kawasan ini dan pemandu berhati-hati terutamanya di jalan luar bandar.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) mengeluarkan amaran merah untuk wilayah Al-Madinah pada awal Isnin lalu, meramalkan hujan lebat dan ribut petir. 

Amaran itu secara khusus meliputi Al-Ula dari tengah hari hingga pukul 11 malam.

NCM meramalkan hujan lebat dalam tempoh ini, disertai dengan angin kencang, jarak penglihatan yang berkurangan, hujan batu dan kemungkinan banjir kilat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN