TEHRAN: Rakyat Iran terpaku pada skrin televisyen dan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai nasib Presiden mereka, Ebrahim Raisi.
Semua ini selepas media kerajaan melaporkan bahawa helikopter yang dinaiki Raisi, 63, terhempas dalam perjalanan ke Tehran dari Azerbaijan, semalam, lapor The Time of Israel.
Ketika beribu-ribu umat Islam berdoa agar beliau selamat kembali di masjid-masjid di seluruh negara termasuk di tengah-tengah menara di kampung halaman Raisi.
Namun, di kota tempat suci Mashhad, siaran dalam media sosial mengatakan penentang rejim Iran sedang meraikannya.
Siaran dalam media sosial seolah-olah menunjukkan bunga api dinyalakan selepas berita nahas itu.
Penyiar nasional menghentikan semua program tetapnya untuk menayangkan doa diadakan untuk Raisi di seluruh negara.
Di semua televisyen tempatan, liputan langsung pasukan penyelamat yang dikerahkan berjalan kaki di kawasan pergunungan dalam kabus tebal, menggunakan anjing dan dron untuk mencuba untuk mencari tapak nahas.










