Pesara bertemu semula patung arca dirinya selepas 40 tahun

Pesara bertemu semula patung arca dirinya selepas 40 tahun hilang

MARIA Pulsone di sebelah patungnya yang lama menghilang dan akan dipamerkan di Muzium Amerika Itali di Little Italy. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pesara berusia 95 tahun bertuah kerana disatukan semula dengan arca yang diukir mirip dirinya yang dianggap hilang hampir 40 tahun selepas cucunya menjejaki karya seni itu dalam talian.

Imigran dari Itali, Maria Pulsone dipilih oleh majikannya di New York, Kozinn & Sons Tailors untuk dijadikan subjek arca se­tinggi 51 inci bagi menghiasi lobi perniagaan empat dekad lalu.

Proses ukiran itu melibatkan badannya terpaksa ditutup de­ngan plaster dengan hanya sepasang straw di hidungnya membolehkan dia bernafas.

Selepas siap, arca itu menghiasi lobi kedai tukang jahit di Manhattan selama beberapa tahun, tetapi ia hilang apabila perniagaan bertukar lokasi.

Pulsone berkata, dia menganggap karya seni itu musnah, tetapi cucunya, Jennifer Pulsone Heppner baru-baru ini memutuskan untuk mencari dan melihat sama ada ia masih utuh di mana-mana tempat.

Pulsone Heppner dan suaminya, Brian, memulakan pencarian untuk arca itu dan ia ternyata merupakan penyiasatan singkat tanpa disangka-sangka.

Mereka melakukan ca­rian dalam talian untuk patung ukiran wanita dan beberapa ketika kemudian mendapati ia dijual di sebuah gudang barangan antik di Scranton, Pa.

“Mereka memberikan kami istimewa Black Friday dengan harga AS$600 (RM2,812.70),” kata Pulsone Heppner kepada WPIX-TV.

Keluarga itu memutuskan untuk mendermakan arca itu kepada Muzium Amerika Itali di Lower East Side, tempat Pulsone dan keluarganya menghadiri majlis perasmian itu.

“Itu sebahagian daripada saya.

“Ia satu penghormatan besar untuk semua warga Itali, seluruh Itali. Bagi saya, saya rasa seperti seorang puteri. Saya bertuah. Ini adalah detik yang sa­ngat besar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN