Pemimpin Hamas tiba di Tehran hadiri pengebumian Presiden Iran

Pemimpin Hamas tiba di Tehran hadiri pengebumian Presiden Iran

ISMAIL Haniyeh, menghadiri upacara pengebumian, Ebrahim Raisi, semalam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh tiba di Tehran untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian.

Ismail mengetuai delegasi dari kepimpinan gerakan Penentangan Palestin untuk mengucapkan takziah atas kehilangan tragis itu.

Jeneral tentera berpangkat tinggi, pemimpin Kor Pengawal Revolusi Islam dan wakil kumpulan penentang serantau termasuk gerakan Penentangan Lebanon Hezbollah menghadiri perarakan itu ketika pemimpin Iran meratapi Ebrahim, 63, yang meninggal dunia dalam nahas helikopter pada Ahad lalu.

Upacara pengebumian semalam adalah satu daripada beberapa yang dirancang sebelum pengebumian Ebrahim di Mashhad pada hari ini.

Hadirin termasuk Emir Qatar, Sheikh Tamim; Presiden Tunisia, Kais Saied dan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al Sudani.

Perdana Menteri Qatar dan Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani turut menghadiri pengebumian itu, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar.

Delegasi Lebanon termasuk Speaker Parlimen, Nabih Berri dan Menteri Luar sementara, Abdallah Bou Habib pergi ke Tehran untuk mengucapkan takziah seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Nasional Lebanon.

Wakil dari China, Pakistan, dan negara lain tiba semalam.

Pada pengebumian itu, Ismail menyampaikan ucapan ringkas bagi pihak rakyat Palestin dan kumpulan Penentang Palestin di mana beliau berkata bahawa Gaza akan terus menentang sehingga pembebasan Palestin.

Ebrahim Raisi dan Hossein meninggal dunia secara tragis dalam nahas helikopter di wilayah barat laut Azarbaijan Timur, lapor media Iran.

Helikopter itu yang membawa Ebrahim dan delegasinya, terhempas di hutan Dizmar, yang terletak di antara bandar Varzaqan dan Jolfa, di Wilayah Azarbaijan Timur.

Nahas itu meragut nyawa Ebrahim, Hossein, Gabenor Azarbaijan Timur, Malek Rahmati, Ketua Solat Jumaat Tabriz, Seyyed Mohammad Ali Al-e Hashem dan anggota pasukan pengawal peribadi presiden, Mehdi Mousavi.

Juruterbang helikopter, pembantu juruterbang, dan anak kapal juga berada di atas kapal.

Selepas mengesan helikopter itu pada pagi Isnin, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) mengeluarkan kenyataan awal menyatakan bahawa tiada tanda kehidupan ditemukan berhampiran lokasi serpihan, menurut rangkaian berita Lebanon, Al-Mayadeen. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN