Menteri Israel dikritik sifatkan kerajaan tidak berhak wujud jika henti

Menteri Israel dikritik sifatkan kerajaan tidak berhak wujud jika henti serangan

ORIT STROOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Menteri Penempatan dan Projek Negara berhaluan kanan Israel, Orit Strook, berdepan kritikan pedas apabila beliau berpendirian kerajaan yang mengorbankan segala-galanya untuk mendapatkan 22 atau 33 tahanan, tidak layak untuk wujud.

Katanya, terdapat askar yang meninggalkan segala-galanya dan pergi berjuang untuk matlamat yang ditentukan kerajaan.

Namun, katanya, matlamat itu dibuang ke dalam tong sampah untuk menyelamatkan 22 orang atau 33 orang.

Strook berkata demikian kepada Radio Tentera Israel, menurut kepada The Times of Israel.

“Kerajaan seperti itu tidak mempunyai hak untuk wujud,” tambah menteri itu.

Sebagai tindak balas kepada komen Strook, Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menulis di X bahawa sebuah kerajaan dengan 22 atau 33 ahli gabungan pelampau tidak mempunyai hak untuk wujud.

Pendirian Strook, bagaimanapun, sejajar dengan anggota kerajaan Israel yang lain.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, pemimpin parti Zionisme Agama mencadangkan bahawa meluluskan perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan kumpulan pengantara itu boleh menimbulkan ancaman  kepada Israel.

“Kami sampai ke persimpangan di mana Negara Israel perlu memilih antara kemenangan yang menentukan atau kekalahan dalam peperangan dan penghinaan,” katanya dipetik oleh Times of Israel.

Bagi pihaknya, Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir berkata bahawa Presiden Israel, Benjamin Netanyahu memberi jaminan kepadanya untuk tidak bersetuju dengan perjanjian melulu itu.

Dalam pada itu, Menteri Kabinet Perang, Gadi Eisenkot menyelar apa yang dilihatnya sebagai manipulasi politik dan menekankan keperluan untuk keputusan berdasarkan kepentingan nasional Israel dan bukannya motivasi politik.

Selepas delegasi mereka kembali ke Kaherah, kumpulan Hamas kini terlibat dalam perundingan menyeluruh mengenai rundingan yang sedang berjalan untuk kemungkinan gencatan senjata.

Rangkaian berita Lebanon, Al-Mayadeen melaporkan, walaupun terdapat kemajuan, masih terdapat isu perbalahan terutamanya mengenai tebusan yang memerlukan perbincangan lanjut untuk mencapai persetujuan mengenai jumlah dan syarat.

Selasa lalu, sumber Palestin yang mempunyai wawasan tentang rundingan Kaherah berkongsi butiran dan perkembangan terkini dengan Al-Mayadeen. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN