Lebih 20 pasukan mencari dan menyelamat dikerah, kabus tebal

Helikopter terhempas: Lebih 20 pasukan penyelamat dikerah, kabus tebal sukarkan operasi

LEBIH 20 pasukan mencari dan menyelamat ditugaskan mencari helikopter yang terhempas di kawasan pergunungan, wilayah Azerbaijan, semalam.-IRNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Insiden helikopter terhempas yang berlaku semalam di hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di wilayah Azarbaijan Timur ketika Presiden Iran, Ebrahim Raisi pulang dari acara untuk merasmikan empangan dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan memberitahu kepada wartawan rasmi kerajaan, IRNA bahawa mereka mendengar bunyi  dentuman di wilayah itu.

Lebih daripada 20 pasukan mencari dan menyelamat yang serba lengkap, termasuk dron dan anjing pengesan, dihantar ke kawasan berkenaan.

Angkatan Tentera Iran juga mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi mencari.

Disebabkan keadaan muka bumi yang lasak di rantau itu dan keadaan cuaca yang sukar terutamanya kabus tebal di kawasan itu, operasi mencari dan menyelamat mungkin mengambil sedikit masa, kata wartawan IRNA.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Iran memberitahu IRNA bahawa lapan ambulans dihantar ke wilayah itu, sambil menambah bahawa kabus tebal menyebabkan usaha menyelamat udara mustahil.

Babak Yektaparast berkata, pasukan perubatan kecemasan yang terdiri daripada juruteknik dan doktor dikerahkan ke lokasi sejurus kejadian itu dilaporkan.

Tambahnya, sebuah helikopter kecemasan turut dihantar untuk memberi bantuan, tetapi terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal kerana ia tidak dapat mendarat di kawasan itu.-IRNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN