Kes rompakan bank di Gaza AS$70 juta sedang disiasat

Kes rompakan bank di Gaza AS$70 juta sedang disiasat

Bank of Palestine dirompak sebanyak AS$70 juta beberapa minggu lalu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pihak berkuasa kewangan Palestin sedang menyiasat kes rompakan bank di Gaza berikutan laporan wang sejumlah AS$70 juta (RM331.76 juta) dirompak beberapa minggu lalu.

Badan bebas yang menyelia sistem kewangan di wilayah Palestin itu mengakui bank di Gaza berdepan cabaran semakin meningkat berikutan perang berpanjangan dan terdapat kes rompakan membabitkan cawangan musnah.

“Usaha berterusan untuk menilai kerosakan disebabkan perang ke atas aset sistem perbankan di Semenanjung Gaza, termasuk rompakan yang menjejaskan beberapa cawangan bank,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan kepada AFP semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan akhbar Perancis, Le Monde, hujung minggu lalu melaporkan pada April lalu, wang berjumlah hampir AS$70 juta dirompak daripada peti besi di beberapa cawangan Bank of Palestine.

Memetik dokumen bank yang dihantar kepada rakan kongsi antarabangsa tertentu yang memperincikan isu rompakan terbabit, akhbar itu menggambarkan bagaimana kakitangan bank menemukan lubang di siling bilik simpanan di satu cawangan bank Gaza pada 16 April lalu.

Le Monde turut melaporkan, pihak bank mendapati $3 juta shekel Israel turut dilarikan.

Menurut laporan itu, keesokan harinya, kumpulan bersenjata yang dilengkapi dengan bahan letupan kembali ke bank terbabit, meletupkan ruang perlindungan simen dan mengambil lebih AS$30 juta dalam pelbagai mata wang daripada tiga peti besi.

Dua hari kemudian, cawangan bank terbesar di Gaza diserang pasukan komando mendakwa mereka diarah pihak berkuasa tertinggi Gaza.

Le Monde memetik pihak yang dikaitkan itu adalah Hamas.

Menurut laporan sama, mereka mengambil lebih $3 juta shekel.

Bank of Palestine, institusi kewangan terkemuka Gaza mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa berita tahap kerugian yang menimpa cawangannya di Gaza adalah tidak tepat.

Bank itu bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai jumlah sebenar wang yang hilang, malah menegaskan terlalu awal untuk menilai dan menentukan tahap kerosakan dan kerugian.

Pihak bank turut menegaskan ia sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk menghadapi ‘senario paling sukar, termasuk kemungkinan kehilangan beberapa aset bank. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN