BANGKOK: Thailand merancang untuk menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik dan mengeluarkan permit hanya kepada mereka yang menanam dan menggunakannya untuk tujuan perubatan dan penyelidikan. Demikian pengumuman Menteri Kesihatan Awam Thailand, Somsak Thepsutin. Komen itu dibuat rentetan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berjanji untuk menjenayahkan semula ganja menjelang akhir tahun ini selepas ia dikeluarkan senarai jenayah pada 2022. Penggunaan ganja untuk rekreasi akan dihalang oleh peraturan baharu, kata Somsak. Katanya, lesen…