ICJ ‘restu’ penjualan senjata Jerman kepada Israel

ICJ ‘restu’ penjualan senjata Jerman kepada Israel

SEORANG kanak-kanak berdiri di sepanjang cerun berhampiran kem yang menempatkan penduduk Palestin yang dipindahkan di Rafah di Gaza, kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan untuk tidak mengeluarkan langkah kecemasan ke atas penjualan senjata Jerman kepada Israel seperti yang diminta oleh Nicaragua.

Nicaragua berhujah bahawa bahawa penjualan senjata itu terdapat risiko serius pembunuhan beramai-ramai di Gaza sewaktu serangan Israel ke atas wilayah Palestin.

Nicaragua juga menuntut Jerman menyambung semula pembiayaan kepada agensi bantuan PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), selepas Israel mendakwa bahawa beberapa pekerjanya terlibat dalam serangan 7 Oktober lalu yang mencetuskan pertempuran berterusan.

ICJ memutuskan terhadap permintaan Nicaragua itu dalam undian 15-1.

“Keadaan itu tidak memerlukan penggunaan kuasanya di bawah artikel 41 statut untuk menunjukkan langkah sementara,” kata Hakim Nawaf Salam.

KES TIDAK DIBUANG

Bagaimanapun, hakim tidak membenarkan permintaan Jerman untuk membuang kes itu sama sekali.

Mahkamah masih akan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak mengenai merit kes Nicaragua yang mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan.

Nawaf berkata bahawa mahkamah tetap sangat prihatin tentang keadaan hidup yang melanda rakyat Palestin di Gaza, khususnya memandangkan kekurangan makanan dan keperluan asas lain yang berpanjangan dan meluas yang mereka mengalaminya.

Beliau menambah bahawa mahkamah menganggap amat penting untuk mengingatkan semua negara tentang kewajipan antarabangsa berkaitan dengan pemindahan senjata kepada pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata untuk mengelakkan risiko senjata tersebut mungkin digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa.

DAKWAAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI

Dalam perbica­raan dua hari pada bulan lalu, Nicaragua membawa kesnya terhadap Jerman kerana didakwa memudahkan pembunuhan beramai-ramai de­ngan menjadi salah satu pembekal tentera terbesar Israel.

Jerman menafikan tuduhan itu dengan peguamnya berhujah bahawa kes Nicaragua di­segerakan, berdasarkan bukti yang lemah dan harus dibuang kerana kekurangan bidang kuasa.

Pejabat Luar Jerman menulis pada X selepas keputusan bahawa ia mengalu-alukan keputusan ICJ.

“Jerman bukan pihak yang terlibat dalam konflik di Asia Barat sebaliknya kami bekerja siang dan malam untuk penyelesaian dua negara.

“Kami adalah penyumbang terbesar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Pa­lestin. Kami sedang berusaha untuk memastikan bantuan sampai kepada penduduk di Gaza.

“Bagaimanapun, kita juga melihat bahawa keganasan 7 Oktober lalu mencetuskan lingkaran penderitaan baharu ini yang mana Israel mesti mempertahankan dirinya. Lebih 100 tebusan masih di tangan Hamas yang menyalahgunakan penduduk Gaza sebagai perisai,” ujarnya.

JERMAN NAFI EKSPORT SENJATA

Jerman berhujah dalam perbicaraan dalam kes bahawa mereka hampir tidak mengeksport sebarang senjata ke Israel sejak serangan ke atas Gaza bermula.

Mahkamah menyatakan bahawa Jerman memberikan ha­nya empat lesen eksport kepada Israel untuk senjata perang sejak permulaan perang, dua untuk latihan peluru dan satu untuk tujuan ujian serta satu konsainan 3,000 senjata anti kereta kebal mudah alih.

Jerman dilapor menjadi penyokong tegar Israel selama beberapa dekad tetapi secara beransur-ansur mengubah nadanya apabila korban awam di Gaza melonjak, menjadi semakin kritikal terhadap situa­si kemanusiaan di Gaza dan bersuara menentang potensi serangan darat di bandar Rafah di selatan Gaza.

Moataz El Fegiery, ketua program hak asasi manusia di Doha Institute for Graduate Studies, berkata, keputusan ICJ tidak membentuk kemenangan bagi Jerman.

“Mahkamah mengingatkan Jerman bahawa ia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa untuk tidak menyediakan senjata yang boleh digunakan dalam pelanggaran hak asasi manusia,” kata El Fegiery kepada Al Jazeera.

Beliau juga menyatakan bahawa keadaan pada masa ini tidak menjamin untuk langkah sementara, membayangkan bahawa keadaan itu mungkin berubah dan keputusan sedemikian boleh dicapai pada masa hadapan. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN