Faisal bagi reaksi positif, akan jalani pembedahan seterusnya

Faisal bagi reaksi positif, akan jalani pembedahan seterusnya

AKSI Faisal Halim (tengah) ketika di Piala Asia 2023 ketika menentang Korea Selatan menjadi momen yang paling diingati peminat Harimau Malaya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim terus menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani proses rawatan ‘skin allograft’ sekali gus memberi berita gembira kepada peminat-peminat bola sepak tanah air.

Perkara itu dikongsi oleh ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas melawat Faisal yang juga tonggak Gergasi Merah Kuning itu, semalam sekali gus memberi bayangan pemain berusia 26 tahun tersebut bakal menjalani pembedahan seterusnya dalam masa terdekat.

Beliau berkata, proses rawatan ‘skin allograft’ yang dilakukan bermula Khamis lalu dilihat sesuai selain tiada jangkitan kuman terhadap Faisal.

“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah.

“Kita lihat dalam tempoh sehari dua ini bagaimana perkembangan Faisal sebelum pakar perubatan menentukan rawatan seterusnya,”katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Faisal selesai menjalani pembedahan ketiga dekat Hospital Aviscena, Sabtu lalu dengan rawatan menggunakan ‘skin allograft’ dianggarkan bernilai RM30,000.

Cara berkenaan digunakan sekiranya pesakit tidak memiliki kulit yang cukup untuk digunakan bagi merawat dan menutup luka terbakar.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pembedahan tersebut menerusi kaedah skin allograft iaitu pemindahan kulit sihat ke kawasan yang mengalami kelecuran.

Tambahnya, Faisal juga tidak akan menerima pelawat dalam tempoh dua minggu disebabkan prosedur tersebut yang dilaluinya bagi mengelak daripada dijangkiti kuman atau komplikasi penyakit ketika menjalani tempoh prosedur berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya