PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dinasihatkan agar tidak mengambil pendekatan mengambil calon ‘kitar semula’ untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya. Penganalisis bola sepak tempatan, Azlan Johar berpandangan, FAM perlu berani melakukan pembaharuan secara menyeluruh tanpa kembali mengitar semula nama-nama lama yang pernah dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih negara. Katanya, pendekatan ‘calon kitar semula’ hanya akan membantutkan perkembangan bola sepak negara sekiranya tidak disertakan dengan penilaian baharu berdasarkan prestasi semasa…










