Enam lapangan terbang di Arab Saudi terima jemaah haji tahun ini

Enam lapangan terbang di Arab Saudi terima jemaah haji tahun ini

SEBANYAK 13 terminal di enam lapangan terbang ditetapkan untuk menerima jemaah haji yang akan dilayan oleh 21,000 pekerja, kata Syarikat Induk Matarat, yang menguruskan lapangan terbang Saudi. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH:  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi mengumumkan enam lapangan terbang utama akan menerima para jemaah dari 160 buah negara yang akan menghadiri haji musim ini.

Lapangan terbang berkenaan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di bandar Laut Merah Jeddah; Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Taif di bandar barat Taif.

Selain itu, turut disenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled di Riyadh; Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Abdulmohsen di bandar pantai Yanbu; dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di bandar barat Dammam.

Arab Saudi uga dilaporkan sedang membuat persiapan untuk menyambut lebih dua juta jemaah haji pada musim ini.

Menurut laporan Gulf News, kedua-dua entiti sektor kerajaan dan swasta sedang bekerjasama untuk memastikan pengalaman yang lancar dan selesa kepada para jemaah ketika mereka menunaikan ibadah haji di dalam serta sekitar kota suci Mekah.

Malah, Kementerian Haji Arab Saudi menugaskan seramai 3,500 kakitangan untuk menampung keperluan jemaah haji yang tiba dan berlepas dari Madinah.

Bandar ini menjalani pengubahsuaian yang ketara dan pemandu pelancong dilantik untuk membantu pelawat di pelbagai tapak bersejarah Islam.

Tahun lalu, kira-kira 1.8 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan haji, menandakan kembali ke tahap pra-pandemik dari segi bilangan.

Manakala pada tahun ini, Arab Saudi melaksanakan strategi baharu untuk jemaah haji dari luar negara, di mana tempat tertentu tidak lagi diperuntukkan kepada negara-negara tertentu. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN