PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyokong penuh Deklarasi Jordan yang telah dibentangkan pada Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia dan Pasifik ke-11 pada 29 April 2024 sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dan koperasi untuk membangunkan ekonomi koperasi yang inklusif dan mampan. Persidangan tersebut telah berlangsung pada 28-30 April 2024 di Laut Mati, Jordan yang dihadiri oleh 15 orang delegasi Malaysia termasuk Angkasa dan diketuai Menteri…










