BOGOTA: Colombia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kerana pemimpin rejim itu melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid dalam perang di Gaza. “Hari ini, hubungan diplomatik dengan negara Israel akan terputus kerana mempunyai presiden yang melakukan pembunuhan beramai-ramai,” kata Presiden Gustavo Petro semalam. Petro memaklumkan perkara itu ketika perhimpunan Hari Mei di Bogota yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Petro yang menjadi pengkritik keras terhadap serangan ke atas Gaza memberitahu…