Pas patut guna logo sendiri - Tun Faisal

Pas patut guna logo sendiri – Tun Faisal

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas sepatutnya menggunakan logo parti sendiri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya selepas memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Bersatu, Da­tuk Tun Faisal Ismail Aziz ber­­kata, tindakan Pas yang bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan dalam Perikatan Nasional (PN), seperti mahu mensabotaj Bersatu dan parti-parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) dan jenama PN, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

“Jika sesebuah parti telah memutuskan hubungan de­ngan Bersatu, enggan mematuhi keputusan yang telah dipersetujui bersama dan tidak lagi komited kepada identiti serta hala tuju PN, maka adalah wajar rakyat bertanya sama ada parti tersebut masih benar-benar mahu memperkukuhkan PN atau sedang bergerak ke arah yang berbeza.

“Bukankah lebih jujur dan lebih bertanggungjawab untuk Pas bertanding menggunakan identiti sendiri daripada terus menggunakan jenama PN dan pada masa sama melemahkan asas-asas yang membentuk gabungan itu?

“Bukankah lebih baik selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu, Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) bertan­ding menggunakan logo mereka sendiri?,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tun Faisal berkata, persoalannya bukan sekadar mengenai logo PN tetapi kepercayaan terhadap jenama dan persiapan menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

“Bagaimana hendak membuat persiapan jika masih ba­nyak perkara yang belum diputuskan, termasuk persoalan untuk mencetak bendera dan bahan-bahan asas untuk memasuki pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN bagi membincangkan persiapan pilihan raya, rundingan kerusi dan pembentukan jawatankuasa electoral pact dengan parti-parti bukan anggota adalah sangat tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN