Rakyat Malaysia, kekasih ditahan bersama dadah di Sungai Golok

Rakyat Malaysia, kekasih ditahan bersama dadah di Sungai Golok

WARGA Malaysia (kiri) bersama kekasihnya yang ditahan bersama rampasan ketamin di Sungai Golok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK (THAILAND): Seorang rakyat Malaysia dan kekasihnya ditahan bersama kira-kira 41.8 gram dadah jenis ketamin dalam serbuan di sebuah hotel di sini 7 Jun lalu.

Rakyat Malaysia berusia 29 tahun dan teman wanitanya, 24 tahun dari Wilayah Pattani itu ditahan pada pukul 11 pagi dan hasil pemeriksaan me­nemukan dadah berkenaan.

Jurucakap Unit Operasi Antidadah Daerah Sungai Golok berkata, kedua-dua suspek itu didakwa memiliki bahan psikotropik Kategori 2 (ketamin) de­ngan niat menjual.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan ini hasil maklumat risikan oleh Pejabat Pegawai Daerah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, dalam operasi berasingan pada pukul 11.30 pagi hari sama, pihak berkuasa Thailand merampas dua kilogram bunga ganja selepas menyerbu sebuah syarikat kurier di Jalan Sai Thong 4, Mukim Sungai Golok.

Jurucakap itu berkata, operasi dilakukan setelah pihak berkuasa memperoleh maklumat mengenai penghantaran dadah dari utara Thailand ke Wilayah Narathiwat menggunakan kurier sebelum di­seludup ke Malaysia.

“Dengan kerjasama syarikat kurier berkenaan, anggota operasi melakukan pemeriksaan menyeluruh sebelum menemukan lima kotak yang mencurigakan mengandungi lapan bungkusan plastik bu­nga ganja kering,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini