China label Presiden Taiwan baharu sebagai 'pemisah'

China label Presiden Taiwan baharu sebagai ‘pemisah’

Taiwan's President Lai Ching-te delivers his inaugural speech after being sworn into office during the inauguration ceremony at the Presidential Office Building in Taipei on May 20, 2024. (Photo by Sam YEH / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: China melabelkan Presiden Taiwan baharu, Lai Ching-te, 64, sebagai ‘pemisah berbahaya’ dan meningkatkan latihan ketenteraan sebagai protes terhadap pelantikan itu.  

Ching-te turut menggalas tugas berat untuk mentadbir Parlimen Taiwan kerana tiada mana-mana parti yang mempunyai majoriti. 

Senario itu memberikan cabaran penting terhadap penggubalan dasar dan tadbir urus di Taiwan, lapor Reuters.  

Ching-te merupakan Naib Presiden sejak empat tahun lalu, yang menggantikan bekas Presiden, Tsai Ing-wen ketika Beijing meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik untuk menegaskan kedaulatan negara itu. 

Menjelang kemenangan semasa Pilihan Raya Januari lalu, Beijing berulang kali mengecam beliau sebagai penyokong kemerdekaan rasmi Taiwan.

China berkata, sebarang langkah Taiwan untuk mengisytiharkan kemerdekaan rasmi akan menjadi alasan utama untuk pulau itu diserang. 

Kerajaan di Taipei menegaskan Taiwan sudah menjadi sebuah negara merdeka dari Republik China dan tidak bercadang mengubah status quo itu.

Ching-te yang dikenali dengan nama Inggerisnya, William pernah menawarkan rundingan dengan China berkali-kali, termasuk minggu ini, namun ditolak. 

Beliau berkata, hanya rakyat Taiwan yang boleh menentukan masa depan mereka. 

Beijing akan memantau penuh teliti ucapan rasmi Ching-te yang memasuki pejabat Presiden hari ini (20 Mei). 

Sumber berkata, China meningkatkan aktiviti ketenteraan harian termasuk melancarkan serangan olok-olok terhadap kapal asing berhampiran Taiwan, menjelang hari pelantikan Ching-te. 

Upacara rasmi itu dijangka dihadiri oleh delegasi asing berjawatan tinggi termasuk bekas pegawai Amerika Syarikat yang dihantar oleh Presiden Joe Biden dalam menzahirkan sokongan antarabangsa dari negara demokrasi lain. 

Washington merupakan pembekal senjata utama dan penyokong antarabangsa terpenting Taiwan. 

Hanya 12 negara kini secara rasmi mengiktiraf Taiwan secara diplomatik dengan kebanyakannya adalah negara membangun yang miskin seperti Guatemala, Haiti, Palau dan Eswatini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya