Arab Saudi guna teknologi penyejukan jalan - Utusan Malaysia

Arab Saudi guna teknologi penyejukan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Teknologi penyejukan jalan raya yang inovatif akan menjadikan pengalaman jemaah haji lebih selamat dan selesa apabila suhu meningkat sehingga 46 darjah Celcius, pada musim panas. 

Jurucakap Pihak Berkuasa Am Jalan, Abdulaziz Al-Otaibi berkata, apabila jalan terdedah kepada cahaya matahari, ia menyerap haba dan mencapai suhu sehingga 70 darjah Celcius selepas matahari terbenam. 

Akibatnya, jalan itu mula mengeluarkan haba yang membawa kepada fenomena pulau haba. 

Untuk mengatasinya, bahan penyejuk yang menyerap kurang sinaran suria daripada bahan tradisional digunakan pada turapan di sekitar tapak suci. 

“Bahan yang kami hasilkan adalah paling berkesan semasa cuaca cerah kerana ia memantulkan sinaran matahari yang membantu menurunkan suhu jalan dengan mengurangkan penyerapan haba.

“Ini membantu mengurangkan pengumpulan haba, mengekalkan jalan raya lebih sejuk dan memberi keselesaan kepada pejalan kaki,” katanya lapor Arab News. 

Teknologi penyejukan jalan raya adalah sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan untuk berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia yang melawat Mekah untuk perjalanan haji mereka.

“Data menunjukkan bahan penyejuk ini membantu menurunkan suhu permukaan asfalt sebanyak 12 hingga 15 darjah Celcius, yang bersamaan dengan pengurangan 20 peratus berbanding jalan tanpa bahan ini,” katanya. 

Dengan melaksanakan teknologi di kawasan utama Mekah, Kerajaan Arab Saudi mahu mewujudkan persekitaran yang lebih mesra untuk jemaah haji dan memastikan perjalanan mereka ke kota suci berjalan lancar. 

“Tahun lepas, kami menguji aplikasi bahan penyejuk jalan ini buat kali pertama semasa musim haji di koridor Jamarat dan terbukti berjaya,” katanya. 

Pihaknya kini memperluaskan projek itu ke kawasan Mina, Arafah dan Muzdalifah. 

Bahan itu juga digunakan untuk 25,000 meter persegi berhampiran Masjid Namira di Arafah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya