Arab Saudi anjur pertunjukan fesyen pakaian renang pertama

Arab Saudi anjur pertunjukan fesyen pakaian renang pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi menganjurkan pertunjukan fesyen pertama melibatkan pakaian renang sempena Minggu Fesyen Laut Merah di Pusat Peranginan Laut Merah St Regis, di luar pantai barat negara itu, Jumaat lalu.

Pertunjukan tepi kolam renang itu menampilkan model yang tidak menutup aurat dengan mendedahkan bahu, menampakkan lurah di dada dan sebahagian bentuk badan lain.

Baju yang diperagakan merupakan koleksi rekaan pereka fesyen Maghribi, Yasmina Qanzal termasuk set sehelai baju dalam warna merah, kuning air dan biru.

Qanzal berkata, pihaknya cuba menonjolkan pakaian renang elegan yang mewakili dunia arab di negara yang sangat konservatif.

“Apabila datang ke Arab Saudi, kami difahamkan pertunjukan fesyen pakaian renang di Arab Saudi adalah detik bersejarah kerana ia adalah kali pertama diadakan di negara ini, katanya lapor The Guardian.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang menjadi pewaris takhta pertama pada 2017, melaksanakan sebuah siri pembaharuan sosial dalam usaha melembutkan imej keras Arab Saudi.

Perubahan itu termasuk memansuhkan ‘polis agama’, memperkenalkan semula pawagam dan menganjurkan festival muzik dengan membenarkan wanita dan lelaki bercampur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya