PONTIAN: Kerajaan negeri Johor tidak akan melaksanakan catuan air sempena Hari Raya Aidilfitri walaupun tiga empangan di negeri itu menghampiri paras kritikal berikutan cuaca panas sejak bulan lalu. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mempunyai perancangan bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang Hari Raya Aidilfitri apabila ramai akan pulang ke kampung. Katanya, penggunaan air yang tinggi pada musim perayaan tidak dapat dielakkan kerana daripada empat juta penduduk di…