Hospital Al-Shifa bertukar menjadi abu

Hospital Al-Shifa bertukar menjadi abu

Selangor kupul dana untuk membantu membangunkan semula Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu bahawa hospital terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa kini bertukar menjadi abu selepas dikepung dan dibom Israel.

Kawasan kompleks itu menjadi kosong dengan banyak mayat bergelimpangan.

Kakitangan WHO yang mendapat akses pada hari Jumaat lalu ke kemudahan yang musnah itu menggambarkan suasana mengerikan dengan mayat sebahagiannya tertimbus dengan anggota badan mereka menonjol dan bau mayat yang reput.

Tentera Israel menarik diri dari hospital Al-Shifa di Bandar Gaza pada Isnin lalu selepas operasi ketenteraan selama dua minggu, di mana mereka berkata sudah memerangi pejuang Palestin di dalam kompleks perubatan paling penting di wilayah Palestin suatu ketika dahulu.

Misi berkenaan dilakukan selepas beberapa percubaan gagal sejak 25 Mac lalu, kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia menemukan kemusnahan besar-besaran dan mendengar laporan bahawa pesakit ditahan dalam keadaan buruk semasa pengepungan dan beberapa meninggal dunia.

“WHO dan rakan kerjasama berjaya mencapai Al-Shifa yang pernah menjadi tulang belakang sistem kesihatan di Gaza, kini hanya menjadi kubur manusia selepas pengepungan terbaru oleh tentera Israel,” tulis Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di aplikasi X.

Dalam satu kenyataan, WHO berkata, tiada pesakit kekal di hospital, di mana banyak kubur cetek digali di luar jabatan kecemasan dan bangunan pentadbiran dan pembedahan.

“Ramai mayat sebahagiannya tertimbus dengan anggota badan mereka kelihatan,” katanya.

Semasa lawatan mereka, kakitangan WHO menyaksikan sekurang-kurangnya lima mayat bergelimpangan sebahagiannya di atas tanah, terdedah kepada panas.

“Pasukan melaporkan bau busuk mayat reput menyelubungi pekarangan hospital.”

“Menjaga maruah, walaupun dalam kematian, adalah tindakan kemanusiaan yang sangat diperlukan,” tegas WHO.

Misi itu, yang dijalankan dengan kerjasama agensi PBB lain dan pemangku pengarah hospital mendapati bahawa skala kemusnahan menyebabkan kemudahan itu tidak berfungsi sepenuhnya.

“Kebanyakan bangunan di kompleks hospital musnah secara meluas dan sebahagian besar aset rosak atau menjadi abu.

“Malah memulihkan fungsi minimum dalam jangka pendek nampaknya tidak masuk akal,” kata Tedros.

Tedros berkata, pemangku pengarah hospital menerangkan bagaimana pesakit ditahan dalam keadaan yang teruk semasa pengepungan. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN