Gagal halang serangan Hamas, ketua perisikan tentera Israel letak

Gagal halang serangan Hamas, ketua perisikan tentera Israel letak jawatan

Mejar Jeneral Aharon Haliva
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ketua perisikan tentera Israel, Mejar Jeneral Aharon Haliva meletak jawatan selepas berasa bertanggungjawab di atas kegagalan menyekat serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang berbulan-bulan di Gaza.

Beliau berkata, dirinya hidup tidak tenteram sejak hari ‘hitam’ tersebut.

Haliva adalah pegawai tertinggi Israel pertama yang meletak jawatan kerana gagal menghalang serangan Hamas yang membawa penelitian mendalam kepada kerajaan dan tentera Israel.

“Bahagian perisikan di bawah perintah saya tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami.

“Saya membawa hari hitam itu bersama saya sejak itu,” kata Haliva dalam surat peletakan jawatannya.

Israel menganggarkan bahawa 129 tawanan yang dirampas oleh kumpulan Palestin pada 7 Oktober lalu yang masih kekal di Gaza, termasuk 34 yang dikatakan tentera sudah mati.

Serangan Hamas mengakibatkan kematian 1,170 orang di Israel, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Serangan balas Israel membunuh sekurang-kurangnya 34,151 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas.

Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sistem kesihatan Gaza dilenyapkan sepenuhnya.

Tentera Israel menuduh Hamas menggunakan kemudahan kesihatan sebagai pusat arahan dan menahan tebusan, bagaimanapun tuduhan itu dinafikan kumpulan berkenaan.

Pertempuran sengit berlaku pada pertengahan Februari lalu di kawasan hospital Nasser di selatan Gaza iaitu Khan Younis, dan kereta kebal dan kenderaan berperisai Israel mengepungnya pada 26 Mac lalu.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin,  Mahmud Bassal memberitahu kru AFP bahawa mereka masih m mendapatkan mayat dari dalam Kompleks Perubatan Nasser.

Sejak Sabtu lalu, hampir 200 mayat diambil di kawasan berkenaan.

Pertahanan Awam Palestin pada mulanya melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 50 mayat orang yang terbunuh dan dikebumikan di hospital ditemukan.

Pada awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, sebuah hospital lain, Al-Shifa di Kota Gaza menjadi abu kerana diserang Israel, meninggalkan banyak mayat.

Kakitangan WHO yang mendapat akses menyifatkan mayat-mayat berkenaan hanya sebahagiannya tertimbus, anggota badan mereka terkeluar dan bau busuk yang mereput.

Sementara itu, Israel mengecam laporan bahawa sekutu utamanya dan pembekal tentera Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk menyekat batalion Netzah Yehuda ultra-Ortodoks tentera Israel berhubung dakwaan pencabulan hak asasi manusia di Tebing Barat sejak sebelum perang. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN