Dakwa harga barang mahal: Muhyiddin seperti ‘meludah ke langit’

Dakwa harga barang mahal: Muhyiddin seperti ‘meludah ke langit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELANGOR: Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa ‘meludah ke langit’ selepas mendakwa Kerajaan Perpaduan gagal menangani kenaikan harga barang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, Kerajaan Perpaduan tidak gagal dalam menangani isu kenaikan tersebut.

Menurut beliau, harga barang terutama barangan keperluan jauh lebih murah berbanding semasa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mentadbir negara.

“Saya rasa dia (Muhyiddin) macam meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Realitinya pada hari ini barang di pasaran jauh lebih murah berbanding ketika dia menjadi Perdana Menteri.

“Dia sebut kerajaan gagal, kalau kita gagal. Apa yang gagalnya?” katanya semasa sidang media di  Bilik Gerakan Utama, di sini hari ini

Terdahulu, media melaporkan, subsidi, kos sara hidup, pendidikan dan infrastruktur antara ‘bahan’ yang akan digunakan PN  untuk menarik pe­ngundi pada PRK Kuala Kubu Baharu. 

Muhyiddin berkata,  jentera PN akan mula mengunjungi rakyat dan memberi penjelasan mengenai isu yang didakwanya gagal ditangani oleh Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Yaakob berkata, sokongan orang Melayu terhadap PH didapati terus meningkat.

“Dulu kita dapati  kira-kira 30 peratus undi orang Melayu tetapi tinjauan terakhir kami dapati ia sudah meningkat kepada 42 peratus.

“Kita tidak mahu digambarkan PH ini hanya (mengharapkan) sokongan daripada orang bukan Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya