37 juta tan serpihan runtuhan gaza, belasan tahun dibersihkan

37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza, ambil masa belasan tahun untuk dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pengunduran tentera Israel di Rafah bukan sahaja meninggalkan ribuan mangsa yang terkorban, bahkan meninggalkan sekitar 37 juta tan serpihan runtuhan untuk dibersihkan di Semenanjung Gaza.

Pegawai Kanan, Perkhidmatan Tindakan Lombong, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMAS), Pehr Lodhammar berkata, antaranya termasuk peluru berpandu yang tidak meledak yang tertimbus dalam runtuhan.

Jelasnya, ia hanya menyulitkan kerja-kerja pembersihan di wilayah bergolak itu.

“Mustahil untuk kita mengetahui berapa banyak peluru berpandu yang ditembak ke arah Gaza, masih hidup.

“Lazimnya, terdapat kadar kegagalan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada peluru berpandu yang gugur.

“Apa yang kami tahu adalah terdapat anggaran 37 juta tan serpihan runtuhan, iaitu sekitar 300 kilogram serpihan bagi setiap meter persegi,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya kerja-kerja pembersihan itu memerlukan 100 lori, ia akan mengambil masa selama 14 tahun untuk membersihkan kesemua sisa serpihan tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya