Indonesia pasang pam perigi ke sawah padi akibat kemarau

Indonesia pasang pam perigi ke sawah padi akibat kemarau

JOKO Widodo (tengah) melawat pasar tradisional Pasar Baru di Kota Karawang, Jawa Barat, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARAWANG: Kerajaan Indonesia terus memasang pam perigi dalam kawasan sawah padi yang terdedah kemarau bagi mengurangkan risiko kegagalan tanaman.

Menurut Presiden, Joko Widodo, pihaknya memasang pam perigi dalam di kawasan sawah padi penting yang dikira akan mengalami kekurangan air.

Beliau berkata demikian selepas melawat pasar tradisional Pasar Baru di Kota Karawang, Jawa Barat, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Jokowi lagi, kerajaan Indoesia merekodkan sebanyak 1.6 juta tan beras disimpan di gudang Agensi Logistik Negeri (Bulog).

Stok beras semasa adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini yang berjumlah 1.2 juta tan, katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan akan mengekalkan ketersediaan stok beras negara semasa musim kemarau.

“Satu daripada usaha yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia ialah memasang pam perigi dalam di kawasan pertanian padi yang terdedah,” kata Jokowi.

Menteri Penyelaras Ekonomi Airlangga, Hartarto sebelum ini mendedahkan bahawa Indonesia akan sekali lagi mengimport tiga juta tan beras tahun ini untuk memenuhi defisit berasnya, disebabkan oleh corak cuaca El Nino.

Tahun lepas, Indonesia mengimport kira-kira 3.5 juta tan beras, katanya, sambil menambah bahawa corak iklim El Nino yang memberi kesan kepada Indonesia baru-baru ini menyebabkan defisit beras negara. -ANTARA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini