Keputusan batal pelantikan Exco dibawa ke Mahkamah Persekutuan - Utusan Malaysia

Keputusan batal pelantikan Exco dibawa ke Mahkamah Persekutuan

ISMAIL Lasim (duduk, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zahir Ibrahim bersama 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu dilantik semasa sidang akhbar di Seri Menanti, Kuala Pilah, hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 10 bekas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan merujuk persoalan undang-undang di Mahkamah Persekutuan sama ada Yang di-Pertuan Besar boleh membatalkan pelantikan mereka atau sebaliknya tanpa nasihat Menteri Besar.

Mereka juga merujuk persoalan undang-undang terhadap isu penamatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan sebagai tidak sah dan terbatal.

Antara 10 Exco yang dinamakan sebagai plaintif ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim dan Datuk Mohd Asna Amin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Dalam permohonan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan ialah sama ada Yang di-Pertuan Besar boleh membatalkan pelantikan Exco tanpa nasihat Menteri Besar dan sekiranya tidak boleh, adakah pembatalan pelantikan kesemua plaintif tidak sah dan terbatal.

Mereka juga memohon Mahkamah Persekutusan membuat keputusan terhadap persoalan sama ada Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa mutlak yang boleh digunakan tanpa tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negeri yang lain.

Selain itu, meeka memohon Mahkamah Persekutusan membuat keputusan terhadap persoalan sama ada Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa mutlak yang boleh digunakan tanpa tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negeri yang lain.

Bekas-bekas exco itu juga menimbulkan persoalan sekiranya Yang di-Pertuan Besar tidak mempunyai kuasa mutlak, adalah pemecatan tersebut tidak sah dan terbatal?

Menurut notis usul yang difailkan, kesemua bekas exco itu memohon agar permohonan untuk merujuk persoalan itu didengar segera dan dan diputuskan sebelum saman pemula yang difailkan sebelum ini didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.

Turut dimohon ialah kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai.

Notis usul tersebut difailkan pada 14 Oktober lalu melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Sesalinan dokumen terbabit dilihat media hari ini.

Mereka menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada 5 Oktober lalu, kesemua bekas exco itu telah memfailkan saman pemula mempertikaikan pemecatan tersebut yang didakwa tidak sah atas alasan pemecatan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini