Tak jadi kahwin, lelaki curi lembu tunang - Utusan Malaysia

Tak jadi kahwin, lelaki curi lembu tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMBER: Seorang lelaki berusia 23 tahun diberkas polis selepas didapati mencuri lembu milik tunangnya di Kampung Tisnogambar, Bangsalsari, Jawa Timur.  

Ketua Polis Bangsalsari, Joko Sumargo berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki itu mengaku kecewa selepas tunangnya memutuskan ikatan dan enggan bernikah dengannya. 

Katanya, lelaki itu sendiri yang memaklumkan kepada tunangnya kononnya terdapat pencuri di rumahnya.

“Wanita itu kemudian memberitahu ibu dan bapanya untuk meninjau kandang lembu milik mereka. 

“Ternyata benar, lembu yang dibela itu sudah hilang. Mereka mendapati pintu kandang dalam keadaan terbuka dan seekor lembu sudah hilang,” katanya lapor Kompas.com. 

Susulan itu, katanya, wanita terbabit bersama penduduk kampung berusaha mencari lembu yang hilang di sekitar kawasan rumah. 

Ternyata, lelaki itu berada tidak jauh dari rumahnya bahkan dapat dikesan selepas berteriak akibat ditanduk lembu. 

“Penduduk menangkap pelaku tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya