PM berbesar hati buka semula pencarian MH370 jika bukti

PM berbesar hati buka semula pencarian MH370 jika bukti meyakinkan

ANWAR Ibrahim (tengah) bersalaman dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne untuk lawatan rasmi ke Australia. - Facebook/Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau berbesar hati untuk membuka semula pencarian pesawat MH370 jika timbul bukti meyakinkan yang  membuka pintu kepada pencarian baharu, sedekad selepas pesawat itu hilang.

“Sekiranya ada bukti kukuh bahawa ia perlu dibuka semula, kami pastinya berbesar hati untuk membukanya semula,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu semasa mengikuti lawatan ke Melbourne.

Komennya itu dibuat bersempena 10 tahun pesawat itu hilang di Lautan Hindi dengan 239 penumpang.

“Saya tidak fikir ia isu teknikal. Ia isu yang menjejaskan kehidupan orang ramai dan apa sahaja yang perlu dilakukan mesti dilakukan,” katanya.

Penerbangan Malaysia Airlines 370, sebuah pesawat Boeing 777 hilang daripada skrin radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Walaupun pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan, pesawat itu tidak pernah ditemui dan operasi itu digantung pada Januari 2017.

Kira-kira 500 saudara-mara dan penyokong berkumpul di sebuah pusat beli-belah Kuala Lumpur hari peringatan dengan ramai yang kelihatan dalam kesedihan.

Sebahagian daripada saudara-mara datang dari China di mana hampir dua pertiga daripada penumpang pesawat berkenaan.

Ibu salah seorang mangsa, Grace Daisy berkata, 10 tahun yang lalu menjadi ‘roller coaster’ dalam emosi tanpa henti baginya,” katanya yang merupakan ibu kepada Anne Daisy.

Bercakap kepada orang ramai, peguam Malaysia berusia 36 tahun itu menggesa kerajaan untuk menjalankan pencarian baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu pemberita bahawa Malaysia komited untuk mencari pesawat itu dan kos bukan isunya.

Anthony memberitahu saudara mara pada perhimpunan itu bahawa dia akan bertemu dengan pegawai dari firma penerokaan marin yang berpangkalan di Texas, Ocean Infinity yang menjalankan pencarian yang tidak berjaya sebelum ini untuk membincangkan operasi baharu.

“Kami kini menunggu mereka memberikan tarikh yang sesuai dan saya berharap dapat bertemu mereka tidak lama lagi,” katanya.

Pencarian awal yang diketuai Australia yang meliputi 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi gagal menemukan kesan pesawat itu, dengan hanya beberapa serpihan sahaja yang diambil.

Enam warga Australia juga dilaporkan berada di dalam MH370.

Di Melbourne, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, para waris penumpang mengalami kesedihan yang berterusan dan beliau menyatakan kesal yang mendalam kerana ia tidak dapat dikesan.

“Kami faham bahawa pada masa ini, ia akan menjadi masa yang sangat sukar bagi orang ramai kerana mereka tidak diberi kepastian untuk menemukan pesawat berkenaan,” ujarnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN