Pesona abadi busana hitam

Pesona abadi busana hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Warna hitam sentiasa menjadi pilihan yang elegan dan serbaguna dalam dunia fesyen.

Tidak kira untuk majlis formal atau santai, gaya hitam sentiasa menonjol dan memberi aura yang memikat.

Minggu ini, saya kongsikan koleksi tahun akhir pereka muda, Najwa Shahira Mohd. Fadzir dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang bertemakan distopia.

Najwa Shahira bereksperimen dengan hiasan permukaan dan saya tertarik dengan kreativitinya menggabungkan pakaian hitam untuk kelihatan abadi dan moden dengan tekstur serta siluet.

Antara fabrik yang digunakan dalam koleksi itu ialah twill dutchess, organza dan bonding metallic.

Koleksi tersebut menunjukkan betapa serbaguna dan kreatifnya pakaian hitam apabila digabungkan dengan tekstur dan siluet yang berbeza.

Dengan tema distopia yang diusungnya, Najwa Shahira menciptakan sesuatu yang benar-benar unik dan berbeza daripada yang lain.

Koleksi ini tidak hanya mempamerkan perincian yang moden, tetapi juga menggabungkan elemen-elemen memikat dan memberikan pandangan baharu terhadap pengayaan wanita urban.

Teknik ruching atau lipatan kain adalah elemen yang sangat menarik dalam fesyen, dan ia diolah bijak oleh pereka berkenaan.

Najwa Shahira mengintegrasikan ruching dengan indah ke dalam beberapa potongan pakaian, sekali gus memberikan dimensi yang menarik dan menambahkan sentuhan elegan pada setiap rekaan.

Tips saya, bagi yang mempunyai pinggul lebih lebar, pilihlah pakaian hitam yang mempunyai potongan A-line atau flare.

Ini membantu menyamarkan pinggul besar dan \memberikan penekanan kepada bahagian atas tubuh.

Pilihlah pakaian dengan leher V atau detail yang menarik di bahagian atas.

Bagi yang berbadan curvy, sebaiknya pilih pakaian hitam dengan potongan empire atau kurung yang longgar. Hindari pakaian yang terlalu ketat di bahagian perut.

Sebaliknya, pilih pakaian dengan potongan longgar yang memberikan keselesaan tetapi tetap mengekalkan gaya anggun.

Bagi wanita yang memiliki bentuk badan kurus, busana hitam dengan potongan yang mempunyai struktur seperti ruching, pleats layering, atau detail leher yang menarik dapat menambahkan dimensi kepada penampilan.

Sentiasa pastikan pakaian tidak terlalu longgar atau terlalu ketat, tetapi selesa
dipakai.

Jadi, usah takut untuk bereksperimen dengan pengayaan busana hitam untuk gayamu.

Dengan sedikit kreativiti dan pengetahuan mengenai bentuk badan, anda boleh menonjol dengan gaya timeless.

Seperti kata Coco Chanel, busana hitam bukan hanya tentang gaya, tetapi menemukan keabadian dalam penampilanmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×