Pendakwa bebas kesal terus jadi mangsa fitnah, ugut - Utusan Malaysia

Pendakwa bebas kesal terus jadi mangsa fitnah, ugut

Ugut fitnah
AHMAD Husam Muhammad Baderudin membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhammad Baderudin kesal apabila berterusan diugut dan menjadi mangsa fitnah oleh dua individu didakwa mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri sebelum ini.

Antara bentuk fitnah dilemparkan termasuk menularkan kenyataan dan video mendakwa beliau terlibat dengan kegiatan salah guna wang derma orang ramai dan kutipan zakat untuk tujuan menipu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, satu laporan polis dibuat bagi mempertahankan dan melindungi dirinya daripada konspirasi tersebut yang diterimanya menerusi aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

“Individu berkenaan berjumpa dengan bapa saudara saya untuk menfitnah selain cuba memeras ugutnya. Bapa saudara saya menunjukkan kepada saya mesej dihantar oleh individu berkenaan.

“Dalam Whatsapp tersebut jelas menunjukkan lelaki berkenaan memeras ugut saya bagi memenuhi kehendak mereka, antara ugutannya adalah mahu mengarahkan pasukan polis menyiasat saya di bawah Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Jelasnya, fitnah dan ugutan tersebut bemula sejak Mei tahun lalu apabila seorang lagi individu menghubunginya dan memberitahu telah dihubungi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Kononnya untuk menyiasat kes yang melibatkan saya di bawah AMLATFPUAA dan menyatakan dua pegawai polis terbabit meminta wang sebanyak RM400,000 bagi menyelesaikannya.

“Bagaimanapun, saya enggan menuruti permintaan mereka menyebabkan saya terus diganggu sehingga sekarang. Bukit serta segala rakaman perbualan telefon antara saya dengan individu tersebut sudah diserah kepada polis,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Husam memaklumkan, pada 27 Disember lalu, beliau memfailkan saman fitnah sebanyak RM5 juta ke atas empat individu di Mahkamah Tinggi Alor Setar berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

“Mengikut writ yang dikemukakan, saman berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad pada 14 Disember lalu, selepas notis tuntutan yang dikeluarkan pada 13 November lalu, tidak mendapat respon daripada individu berkaitan.

“Peguam, Muhammad Asyraf Abd. Aziz yang mewakili Ahmad Husam selaku plaintif mendakwa, individu terlibat menerbitkan satu hantaran di laman Instagram beliau iaitu ‘sesiapa nak tgk Ustz Scammer boleh pi standby kat Mahkamah Kangar esok 22 Jun 2023 pagi, lebih kurang pukul 8.30am’,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN