Pan Gon kena nilai semula pemain, peluang masih ada

Pan Gon kena nilai semula pemain, peluang masih ada

PEMAIN-Pemain Harimau Malaya perlu bangkit dalam dua perlawanan terakhir Kumpulan D jika mahu meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon perlu menilai semula barisan pemain yang akan mewakili Harimau Malaya dalam dua lagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun depan.

Dengan bermulanya Liga Malaysia (Liga M) pada Mei ini, Pan Gon pasti tidak berdepan masalah untuk membuat pemilihan semula dan tidak lagi bergantung harap kepada muka lama yang mana tahap mereka sudah ‘tepu’.

Jika dilihat kepada ‘kitaran’ pemain yang dipanggil jurulatih dari Korea Selatan itu, memang diakui hampir 90 peratus muka sama sahaja yang dipanggil untuk membarisi senarai akhir Harimau Malaya.

“Saya nampak pemain yang ada dalam skuad kita sudah tepu. Kita tidak boleh aspek lebih daripada mereka kecuali satu atau dua pemain yang nampak boleh kita pertaruhkan harapan untuk menjulang pasukan.

“Pemain juga tidak konsisten, contohnya Arif (Arif Aiman Hanapi) beraksi baik apabila berada di atas dan turun bawah untuk bantu pasukan, tetapi Faisal (Faisal Abdul Halim) nampak seperti hilang dalam radar.

“Dalam misi untuk melakar sejarah dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan baki dua perlawanan lagi, saya harap kita mampu untuk buat yang terbaik,” kata penganalisis sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli.

Mengulas lanjut, Pekan berkata, dua aksi menentang Oman yang menyaksikan Harimau Malaya kalah dengan jaringan sama 0-2 juga seolah-olah menunjukkan Pan Gon masih bereksperimen dalam menurunkan kesebelasan utama pasukan.

“Kita masih tidak nampak kesebelasan utama pasukan yang betul-betul solid, setiap kali turun kita sebagai peminat boleh persoalkan pemilihan yang dibuat kerana pemain yang diturun tidak mampu untuk berikan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Pekan berkata, Harimau Malaya juga perlu keluar daripada mimpi mengikat Korea Selatan 3-3 di Piala Asia 2023 kerana keajaiban seumpama itu tidak akan berulang banyak kali.

“Apabila seri dengan Korea Selatan, Harimau Malaya diangkat tinggi menggunung. Kita di awan-awangan dan terperangkap dalam mimpi. Sebab itu, saya cakap kena keluar daripada mimpi, lawan Oman pun kita sangkut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya