Maknanya jelas, seperti kristal - Will Smith dedah baca al-Quran - Utusan Malaysia

Maknanya jelas, seperti kristal – Will Smith dedah baca al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang terkemuka Hollywood, Will Smith membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui telah membaca 30 juzuk al-Quran pada Ramadan tahun lalu.

Kongsi Smith, dia pernah berada dalam fasa terendah hidupnya dua tahu lalu dan ketika mencari ketenangan, dia tergerak hati untuk membaca dan memahami al-Quran.

Selain al-Quran, aktor I Am Legend itu juga sudah membaca tiga kitab lain, Taurat, Zabur dan Injil namun lebih tertarik dengan al-Quran yang disifatkan lebih jelas maknanya.

“Waktu itu merupakan fasa titik terendah dan saya tergerak untuk membuka hati supaya dekat dengan lebih ramai orang.

“Sejujurnya, saya suka kesederhanaan pada al-Quran, ringkas dibaca. Maknanya jelas seperti kristal dan suci, sukar menimbulkan salah faham kepada pembaca,” ujarnya.

Pendedahan itu dibuat aktor berusia 55 tahun itu menerusi sesi temu bual podcast, Big Time bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb.

Dalam temu bual sama, Smith juga memndedahkan dia sangat tertarik dengan kisah Nabi Musa yang ada dalam kitab suci umat Islam tersebut.

“Saya kagum membaca banyak rujukan mengenai Musa dalam al-Quran. Melaluinya saya mengetahui kisah Musa sehingga berasa terhubung dengan Musa dan pengalaman yang dilaluinya.

“Saya juga terkejut bagaimana cerita dalam empat kitab, Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran sebenarnya saling berkait dan umpama membaca sebuah kisah,” kongsinya yang turut memperkenalkan al-Quran kepada anak-anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN