LTdL 2024 lebih mencabar dan mengujakan

LTdL 2024 lebih mencabar dan mengujakan

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka berlangsung lebih mencabar dan menarik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua pendakian dan laluan panjang berbonggol antara cabaran getir yang perlu diharungi para pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bermula 29 September hingga 6 Oktober ini.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, LTdL kali ini paling mencabar yang sengaja diilhamkan penganjur, Majlis Sukan Negara (MSN) selepas mendengar pandangan pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pasukan bertanding yang mahukan laluan lebih sukar.

“Sebenarnya ada asas kita buat secara berturut-turut laluan pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands, sebab daripada tahun lalu kami tamatkan LTdL, ada pasukan yang bagi komen.

“Pasukan KSPO dari Korea Selatan dan EF (Education) yang memenangi kedudukan 1, 2 di Genting, pasukan-pasukan ini membawa ramai pendaki, jadi, mereka kata di Genting walaupun ada banjaran tetapi masih tak cukup ‘kow’,” katanya.

Menurutnya, selain pendakian, laluan baharu dari Miri ke Bintulu, Sarawak sejauh hampir 200 kilometer (km) turut diperkenalkan pada peringkat terakhir LTdL nanti.

Dalam masa sama, jelas beliau, pihak penganjur juga mahu memberi peluang kepada penduduk Sarawak khususnya di Miri dan Bintulu untuk menyaksikan perlumbaan sebenar sukan berbasikal.

“Laluan dari Miri ke Bintulu ini adalah laluan yang beri peluang kepada pelumba untuk melakukan pemecahan, jadi, bagi pelumba yang hendak mengejar semula catatan masa di laluan itu mereka boleh melakukannya.

“Laluan itu cukup panjang dan ia juga berbonggol-bonggol, kalau kita bawa basikal ia melambung-lambung sikit, bukan bahaya sangat tetapi ada satu cabaran yang lain bagi pelumba, jadi, perlumbaan kali ini memang kita katakan lengkaplah,” ujarnya.

Emir memberitahu, untuk mencari juara keseluruhan, peringkat ketujuh di Sarawak mungkin boleh menjadi penentu.

“Dari segi keseluruhan bahagian teknikal LTdL ini kita bukan sahaja nak tempat cantik, tetapi kita kena fikirkan juga perlumbaan yang lebih teknikal, lagipun macam tak berbaloi bila dah sampai (Sarawak) tak buat laluan yang mencabar,” tegasnya.

Mengulas pula mengenai pasukan yang bertanding, beliau berkata, Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub akan mengumumkan nanti senarai tersebut dan pihaknya sedang berusaha menarik penyertaan World Team ke dalam LTdL 2024.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya