Hoki: Sarjit tidak lupa pemain senior, KHM mahu piala

Hoki: Sarjit tidak lupa pemain senior, KHM mahu piala

hoki
Sarjit Singh (kiri) sedia memulakan tugas sebagai ketua jurulatih skuad hoki negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jurulatih baharu Speedy Tigers, Sarjit Singh bersedia untuk memberikan peluang kepada pemain senior membuktikan kemampuan untuk mewakili skuad kebangsaan.

Sarjit berkata, faktor usia bukan penghalang sekirannya pemain itu masih mempunyai kudrat dan boleh menyumbang serta mewakili skuad kebangsaan di peringkat tertinggi.

Ini bermakna, pemain senior seperti Marhan Mohd. Jalil dan Razie Rahim tidak perlu risau untuk disenaraikan dalam skuad biarpun usia mereka sudah menjangkau lebih 30 tahun.

Menurut Sarjit, pemain Speedy Tigers akan dipilih berdasarkan disiplin dan barisan kejurulatihan juga mahu pemain memberikan lebih daripada apa yang mereka ada kepada pasukan.

“Yang pertama sekali saya kena akses kepada pemain dan pasukan, akses itu penting. Sekarang, liga masih berlangsung dan kita mahu bagi peluang kepada semua. Kita mahu pemain yang boleh bagi nilai tambah kepada pasukan.

“Kita akan tengok pemain lama juga, kalau dia main 300 kali untuk negara dan dia masih boleh bermain, kenapa tidak?. Sekarang, kita akan buka untuk semua, campuran pemain lama dan baharu dalam skuad kebangsaan.

“Latihan pertama skuad hoki senior kebangsaan akan bermula pada 19 Mac dan saya akan memanggil 40 hingga 42 pemain untuk datang pada sesi ini sebelum dipendekkan kepada 25 pemain.

“Kita akan lihat kepada pemain-pemain yang menyerlah dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 dan senarai 40 hingga 42 pemain itu akan diumumkan pada 10 Mac ini,” katanya dalam sidang akhbar pertama sebagai pengendali Speedy Tigers.

Sementara itu, Sarjit berkata, dia memerlukan masa 14 hingga 18 bulan untuk membentuk skuad yang mantap dengan dilengkapi pemain bertaraf antarabangsa untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Hoki Malaysia, (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Sarjit juga diberikan peranan untuk melihat seluruh ekosistem hoki negara termasuk menjaga skuad remaja kebangsaan.

“Sekarang Sarjit diberikan masa untuk kemukakan barisan kejurulatihannya, salah seorang pembantunya akan memainkan peranan untuk menjaga skuad remaja kebangsaan selepas ini,” katanya.

Selain itu, Subahan turut menyatakan fokus KHM ketika ini ialah untuk menjulang piala dalam setiap kejohanan berbanding mengejar kedudukan ranking. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya