Hamas tuduh Israel sabotaj rundingan gencatan senjata

Hamas tuduh Israel sabotaj rundingan gencatan senjata

GAMBAR yang diambil dari sempadan selatan Israel dengan Gaza menunjukkan kereta kebal tempur tentera Israel bergerak di wilayah Palestin, kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh menuduh Israel mensabotaj rundingan gencatan senjata selepas melakukan serbuan ke atas hospital terbesar Gaza, Hospital Al-Shifa bagi menyasarkan pejuang kanan mereka.

Katanya, tentera Israel mendakwa berpuluh-puluh pe­juang Hamas terbunuh pada Isnin lalu dan beratus-ratus ditahan semasa serbuan ke atas hospital berkenaan, sebuah kompleks yang sesak dengan pesakit dan orang yang kehila­ngan tempat tinggal.

“Tindakan pasukan penjajah Zionis di Kompleks Perubatan Al-Shifa mengesahkan niat mereka untuk menghalang pemulihan kehidupan di Gaza dan membongkar aspek penting kewujudan manusia.

“Sasaran disengajakan terhadap pegawai polis dan pegawai kerajaan di Gaza menggambarkan usaha mereka untuk menyemai kekacauan dan mengekalkan keganasan dalam kalangan rakyat kita yang berdaya tahan.

“Ini juga mendedahkan usaha pemimpin Israel untuk mensa­botaj rundingan yang sedang berjalan di Doha,” tambah Ismail.

Rundingan untuk gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan sedang dijalankan di Doha dan cadangan balas tidak lama lagi boleh dikemukakan kepada Hamas, menurut jurucakap Qatar.

Ketua Mossad, David Barnea dilaporkan hadir untuk berbincang dengan Perdana Menteri Qatar dan pegawai Mesir Isnin lalu sejak kumpulan pengantara gagal mendapatkan gencatan senjata sebelum bulan Ramadan yang bermula minggu lalu.

Menurut Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari, pasukan teknikal kini dilaporkan sedang membincangkan butiran perjanjian yang berpotensi untuk mengadakan gencatan senjata ber­kenaan.

“Kami berada pada tahap di mana kami menjangkakan cadangan balas akan dikemukakan kepada Hamas, tetapi ini bukan langkah terakhir dalam proses itu.

“Saya tidak fikir kita berada pada satu ketika yang kita boleh katakan kita hampir dengan perjanjian. Kami optimis kerana perbincangan disambung semula, tetapi masih terlalu awal untuk mengumumkan sebarang kejayaan,” tambah Majed.

Isnin lalu, seorang pegawai Hamas berkata, mereka akan menerima pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza sebelum bertukar tahanan.

Pegawai Hamas, Osama Hamdan bercakap kepada stesen TV Al-Manar, pergerakan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan menaruh harapan agar operasi ketenteraan ditamatkan sepenuhnya.

Osama berkata, rundingan boleh diselesaikan dalam beberapa hari.

Minggu lalu, Hamas mencadangkan gencatan senjata selama enam minggu.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN