AS edar draf resolusi UNSC gesa perjanjian gencatan senjata

AS edar draf resolusi UNSC gesa perjanjian gencatan senjata

ASAP berkepul-kepul setelah dibom oleh tentera Israel di Rafah, selatan Gaza, kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Amerika Syarikat (AS) mengedarkan satu draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa perjanjian gencatan senjata serta pembebasan tawanan di Gaza.

Setiausaha Negaranya, Antony Blinken berkata, bukan itu sahaja itu, pihaknya juga berharap negara-negara pe­ngantara yang terlibat akan menyokong draf resolusi tersebut.

“Saya fikir ia akan menghantar mesej yang kuat, isyarat yang kuat,” katanya kepada aliran media Arab Saudi, Al Hadath semasa mengadakan lawatan ke Arab Saudi untuk membincangkan mengenai peperangan antara Israel dan Hamas.

AS BERSAMA ISRAEL

AS, penyokong utama Israel sebelum ini menggunakan haknya untuk menghalang badan dunia tersebut daripada melakukan gencatan senjata segera di wilayah Palestin.

“Tentu saja, kami bersama dengan Israel dan haknya untuk mempertahankan diri, tetapi pada masa yang sama adalah penting bahawa mereka (tawanan) yang berada dalam bahaya dan yang sangat menderita.

“Kami memberi fokus kepada mereka, kami memberi keutamaan kepada mereka, melin_dungi mereka, memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya.

BLINKEN BERBINCANG DENGAN PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI

Blinken bertemu dengan Menteri Luar Arab Saudi, Faisal Farhan Al Saud dan kemudian mengadakan perbincangan de­ngan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud selepas tiba di negara itu kelmarin.

Pada bahagian pertama lawatan serantau itu akan merangkumi Mesir dan kemudiannya Israel.

Lawatan itu merupakan yang keenam bagi Blinken ke Asia Barat sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu.

PERTEMUAN DI ARAB SAUDI SELARI DENGAN PERBINCANGAN DI QATAR

Lawatan Blinken berjalan selari dengan perbincangan di Qatar di mana negara-negara pengantara bertemu untuk hari ketiga kelmarin dalam usaha yang diperbaharui untuk mendapatkan gencatan senjata de­ngan segera.

Rancangan yang sedang di­bincangkan di Qatar adalah menangguhkan sementara pertempuran selain tawanan ditukar dengan banduan Palestin dan penghantaran bekalan bantuan dipercepatkan.

Perang Gaza yang paling berdarah pernah berlaku selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,160 orang di Israel, kebanyakan warga awam, menurut kira-kira anggaran AFP daripada angka rasmi Israel.

Pejuang Hamas juga me­rampas kira-kira 250 tawanan di mana Israel percaya 130 masih berada di Gaza, termasuk 33 yang dianggap mati.

Tentera Israel memulakan serangan balas dendam terhadap Hamas yang membunuh hampir 32,000 orang, kebanyakan daripada mereka wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×