Isu gangguan atas jambatan: Pelaku tetap disiasat walaupun OKU

Isu gangguan atas jambatan: Pelaku tetap disiasat walaupun OKU – polis

KHAW Kok Chin (depan, tengah) ketika melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang di sini, hari ini.UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Siasatan terhadap pasangan yang tular dalam satu rakaman video kerana mengganggu pengguna jalan raya lain di Jambatan Pulau Pinang akan terus dijalankan meskipun salah seorang daripada mereka dikatakan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hal ini demikian kerana kesalahan akan tetap dianggap sebagai satu kesalahan tanpa mengira siapa pelakunya.

“Semakan mendapati, kedua-dua suspek ini (penunggang motosikal lelaki dan pembonceng wanita) ada tiga rekod jenayah lampau dan sama ada suspek wanita itu ada masalah mental (atau tidak), kita akan semak termasuk juga statusnya (sebagai pemegang kad OKU). Kita sedang siasat,” katanya.

 Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 37 dan 50 tahun itu telah ditahan dan kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Jelas Kok Chin, ketika ini juga, polis telah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan berhubung kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, polis juga masih menyiasat status sebenar pasangan terbabit meskipun laporan awal mengatakan mereka merupakan pasangan suami isteri.

“Berdasarkan maklumat terbaharu yang kita dapat, suspek lelaki ini telah ‘convert’ (memeluk) Islam manakala pasangannya pula (suspek wanita) berbangsa Cina (beragama Buddha).

“Jadi, kalau ikut undang-undang iaitu apabila lelaki (suami) sudah masuk Islam, maka, automatik isteri pun akan memeluk Islam. Jadi, hal ini akan kita ‘confirm’ (sahkan) kemudian,” katanya.

Pasangan itu sebelum ini tular kerana tindakan pembonceng wanita terbabit yang dikatakan sengaja melempar objek disyaki pasir selain cuba menendang penunggang motosikal lain yang memintas motosikal mereka di atas Jambatan Pulau Pinang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN