Gaza amat perlukan gencatan senjata

Gaza amat perlukan gencatan senjata – MRM

Seorang penduduk Palestin berjalan di atas runtuhan bangunan di Rafah, Selatan Gaza akibat serangan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu, – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa serangan tentera Israel sejak lebih 80 hari lalu amat memerlukan gencatan senjata dilaksana segera bagi memberi ruang bantuan kemanusiaan dibawa masuk.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Zulkifli Wahijan berkata, gencatan senjata sangat wajar disegerakan bagi keselamatan rakyat Gaza supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan segera pada masa ini

Tambah beliau, Gaza juga sangat memerlukan peruntukan yang besar bagi membaikpulih semula bangunan yang telah musnah dibom tentera Israel.

“Gaza dan warganya sangat optimis untuk bangkit dan dibangkunkan semula dan masyarakat di seluruh dunia perlu sedia untuk berganding bahu menyalurkan bantuan yang diperlukan rakyat Gaza,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Sejak konflik Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 21,672 penduduk Palestin terbunuh dan 56,165 cedera dalam serangan Israel di Gaza.

Dalam tempoh lebih dua bulan, serangan Gaza menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding konflik lain seperti di Aleppo Syria antara tahun 2012 dan 2016, tragedi Mariupol di Ukraine dan pengeboman bersekutu Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Semenanjung Gaza, Nurul Ain Haron, 37, berkata, rakyat Palestin kini berhadapan situasi getir apabila diserang dengan pelbagai penyakit dan dijangkiti wabak.

Katanya, bekalan ubat sangat terhad dan sukar diperolehi sehingga memaksa rakyat Palestin mencari rawatan alternatif untuk merawat penyakit dihadapi oleh mereka.

“Keluarga mertua saya iaitu sebanyak 19 orang ahli keluarga kini duduk di dalam satu rumah, sebelum ini semua dapat jangkitan wabak dan penyakit tetapi tiada bekalan ubat boleh diperolehi mereka,” katanya.

Zulkifli berkata, untuk kos membaik semula banggunan asas dianggarkan mencecah RM9.5 juta melibatkan bangunan imigresen di sempadan Rafah dan Mesir iaitu RM1 juta, Pusat Pemulihan Untuk Orang Cacat (RM1 juta) dan Masjid Malaysia Al-Amin (RM2 juta).

“MCM sangat komited untuk mengetuai dan terlibat secara langsung dalam setiap fasa pembangunan semula Gaza dan kita harapkan gencatan senjata ini dipercepatkan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×