Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat (SKBR), Tangkak, Johor mencipta kejayaan tertinggi dalam rekod kokurikulumnya dengan mencapai tempat ke-4 dalam kejohanan Floorball sekolah sekolah Malaysia 2023 yang diadakan di Stadium Tertutup Kluang, Johor baru baru ini.
The Florbust SKBR yang disertai seramai 20 murid perempuan berjaya ke peringkat separuh akhir selepas terpilih antara empat pasukan terbaik kejohanan dan tewas dalam penentuan tempat tempat 3/4.
Fadilla, selaku Guru Penolong Kanan SKBR berkata, kejayaan tertinggi dalam rekod kokurikulum sekolah dan amat berterima kasih kepada semua jurulatih, barisan pengurusan Floorball, barisan pentadbir, PIBG SKBR, guru, Ibu Bapa dan semua murid yang terlibat di dalam pasukan ini. –UTUSAN










