Lapangan Terbang Palm Beach kini rasmi guna nama Donald Trump - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Palm Beach kini rasmi guna nama Donald Trump

BEBERAPA pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Presiden Donald J. Trump. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Sebuah lapangan terbang di Florida kini dinamakan sempena nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali gus menandakan langkah terbaharu oleh penyokongnya untuk meletakkan nama beliau pada mercu tanda awam dan tapak berkaitan kerajaan.

Bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach itu secara rasmi ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Presiden Donald J. Trump semalam, selepas langkah berkenaan diluluskan menjadi undang-undang oleh Gabenor Republikan Florida, Ron DeSantis.

Anak lelaki Trump, Eric Trump, meraikan perubahan tersebut dengan apabila beliau menaiki pesawat Boeing 757 milik keluarga bapanya di lapangan terbang itu.

Pesawat Boeing 757 itu  lebih dikenali sebagai Trump Force One.

“Hari yang indah,” kata Eric Trump ketika muncul dalam program Fox News dari lapangan terbang yang baru dinamakan itu yang terletak tidak jauh dari pusat peranginan Mar-a-Lago milik keluarga Trump.

Eric berkata, penjenamaan semula itu mencerminkan hubungan akrab bapanya dengan kawasan berkenaan.

“Saya berpandangan tiada sesiapa yang lebih sinonim dengan Palm Beach daripada Donald Trump, malah mungkin di seluruh Florida,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa jalan utama yang menghala dari lapangan terbang itu sememangnya sudah dinamakan sebagai President Donald J. Trump (DJT) Boulevard sambil menambah bahawa para penumpang kini akan melihat singkatan DJT tertera pada tiket mereka secara kekal.

Bagaimanapun, rata-rata penumpang di lapangan terbang tersebut memberikan reaksi yang bercampur-baur terhadap perubahan nama berkenaan.

Sebahagian daripada mereka menyambut baik keputusan itu, termasuk seorang juruterbang korporat, Chris Bailey, yang memberitahu AFP bahawa Trump sememangnya telah melakukan perkara yang cukup untuk melayakkan namanya diabadikan pada sebuah lapangan terbang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN