Sayonara Manchester United daripada Liga Juara-Juara

Sayonara Manchester United daripada Liga Juara-Juara

PENYERANG Bayern Munich, Harry Kane melakukan rembatan ke gawang Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United tersingkir awal daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas 0-1 kepada Bayern Munich di Old Trafford awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Kingsley Coman memastikan juara Bundesliga itu yang sudahpun mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir lebih awal mara dengan bergaya.

Penyingkiran awal yang memalukan dalam saingan elit Eropah meningkatkan tekanan ke atas pengurus Erik ten Hag, selain kedudukan United turut merosot ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun,United akan meneruskan saingan di Liga Europa dan Ten Hag tetap mempertahankan persembahan anak buahnya dalam perlawanan ini.

Pasukan Ten Hag kini tewas 12 daripada 24 perlawanan mereka musim ini dalam semua pertandingan dengan tujuh daripadanya di Old Trafford.

“Kami mempamerkan persembahan yang baik tetapi turut melakukan kesilapan. Beberapa kesilapan individu daripada beberapa pemain dan ia tidak cukup baik.

“Tetapi hari ini, prestasi pemain sangat baik dan saya fikir kami tidak layak kalah,” katanya selepas perlawanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN