Program jelajah budaya, warisan dan fesyen, The Walk of Malaysia 2026 dilancarkan di Paris baru-baru ini.
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd. Hashim.
Acara selama enam hari lima malam itu akan bermula dari selatan ke utara dengan melibatkan beberapa destinasi seperti kawasan bersejarah dan tapak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ia berakhir dengan pertunjukan fesyen di Pulau Langkawi pada 1 Ogos depan.
The Walk of Malaysia 2026 mengalu-alukan penyertaan negara luar untuk mempersembahkan pakaian tradisional, seni budaya, produk tempatan dan pakej pelancongan masing-masing.
Dalam majlis perasmian itu, pengasas dan pengarah kreatif jenama Nottingheels, Amy Chiew turut mempersembahkan koleksi tumit tinggi sentuhannya yang diperbuat daripada songket.
Istimewanya, kasut setinggi empat inci itu turut dilengkap dengan sokongan bunion.










