SHEFFIELD: Liverpool terus merapatkan jurang dengan Arsenal apabila hanya ketinggalan dua mata dibelakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Sheffield United, turut memberi permulaan mengecewakan kepada pengendali Blades, Chris Wilder, sekembalinya dia ke kelab tersebut Selasa lalu.
Biarpun berdepan kekalahan, Wilder memuji barisan pemainnya yang dapat bertahan ketika Liverpool menguasai lebih daripada 75 peratus penguasaan bola tetapi hanya berjaya mencipta beberapa peluang ke gawang.
Jaringan voli Virgil van Dijk pada minit ke-37 dan Dominik Szoboszlai di minit terakhir perlawanan membolehkan Liverpool melonjak ke tangga kedua dengan 34 mata, manakala pendahulu Arsenal (36 mata).
Kekalahan skuad kendalian Wilder menyaksikan mereka kekal berada di tangga tercorot dengan lima mata selepas 15 perlawanan.-AGENSI










