MANCHESTER: Erling Haaland bakal berdepan tindakan disiplin selepas mengkritik pengadil Simon Hooper di media sosial berikutan selepas Manchester City seri 3-3 dengan Tottenham awal pagi tadi.
Penyerang City itu berang selepas pengadil Simon Hooper menimbulkan kontroversi di penghujung pertembungan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung cukup sengit di Stadium Etihad.
Insiden yang menimbulkan kemarahan Haaland, apabila perlawanan dihentikan Hooper ketika Jack Grealish memiliki peluang besar untuk menjaringkan gol menerusi umpanan dilakukan dia, meskipun pada awalnya penyerang City itu dikasari.
— Erling Haaland (@ErlingHaaland) December 3, 2023
Haaland adalah salah seorang daripada beberapa pemain City berang dengan pegawai perlawanan itu dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya selepas perlawanan dengan menyiarkan semula klip insiden itu di X, dengan menyiarkan komen “Wtf”, perkataan yang menyinggung perasaan.
Pengurus Pep Guardiola tidak menyedari apa yang ditulis Haaland di media sosial ketika bercakap kepada pemberita selepas perlawanan tetapi merujuk kepada reaksi Haaland di atas padang, mengakui dia dapat memahami kemarahan pemain itu.
“Ia perkara biasa. Reaksi beliau adalah sama untuk 10 pemain, peraturannya ialah anda tidak boleh bercakap dengan pengadil atau pegawai keempat, jadi kami sepatutnya mempunyai 10 pemain dibuang padang hari ini.
“Dia agak kecewa. Jika pengadil sendiri bermain untuk City hari ini dia akan kecewa untuk tindakan itu, itu sudah pasti,” jelas Guardiola.
Guardiola, berkata dalam wawancara TV dia tidak mahu membuat mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti dilakukan pengendali Arsenal, Mikel Arteta selepas perlawanan menentang Newcastle bulan lalu.-AGENSI