Sokong Palestin, UEFA denda Celtic RM147,962

Sokong Palestin, UEFA denda Celtic RM147,962

PENYOKONG Celtic mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Tindakan peminat Celtic yang mengibar bendera dan sepanduk bagi menyatakan sokongan kepada Palestin di atas kekejaman Israel dalam stadium menyebabkan kelab itu didenda oleh Kesatuan Bola Sepak Antarabangsa (UEFA) sebanyak 25,224 pound (RM147,962).

Denda itu dikenakan susulan tindakan penyokong Celtic ketika perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid di tempat sendiri, bulan lalu.

Peminat Celtic mengingkari rayuan kelab untuk tidak membawa bendera atau sepanduk yang berkaitan dengan pergolakan di Asia Barat yang menyaksikan The Hoops didenda £15,222 (RM89,279) kerana memaparkan mesej provokatif yang bersifat menyinggung perasaan.

Celtic juga didenda 6,960 pound (RM40,821) kerana penyokong mereka menghalang laluan awam dan 3,044 pound (RM17,853) kerana menyalakan suar.

Atletico turut dikenakan dihukum dalam perlawanan di Glasgow pada 25 Oktober yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Kelab Sepanyol itu didenda 2,610 pound (RM15,307) kerana menyalakan bunga api selain diberi amaran.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya