MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika Mesir melakar kemenangan 2-0 ke atas Sierra Leone dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Insiden mengejutkan itu turut menyaksikan pihak keselamatan menumbuk salah seorang peminat yang cuba mendekati pemain sayap Liverpool itu, sebelum menjatuhkan seorang lagi yang memakai jersi Manchester City.
Look at the security that Salah has around him 🤯pic.twitter.com/sNZcYbWIGJ
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) November 19, 2023
Rakan sepasukan Salah, Mohamed Abdelmonem pula mengejar salah seorang penyokong yang menceroboh ke dalam padang dan berlari berlari ke arah bintang The Reds itu pada minit ke-89.
Situasi itu menyaksikan pegawai pasukan Mesir terpaksa masuk ke padang dan membentuk bulatan mengelilingi pemain 31 tahun tersebut.
Tentera kemudian mengiringi Salah keluar dan peminat yang cuba mendekatinya berjaya dihalang.
Dalam perlawanan itu, bekas bintang Aston Villa, Trezeguet menjaringkan kedua-dua gol Mesir untuk dua kemenangan berturut-turut dalam aksi kelayakan Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Afrika.
Salah berjaya membantu gol kedua Trezeguet dan turut terbabit dalam gerakan untuk gol pertama.
Sierra Leone terpaksa mengakhiri perlawanan dengan 9 pemain selepas Tyrese Fornah dibuang padang pada minit ke-39 dan Abdul Jarju Kabia pada minit ke-99. – AGENSI