PASIR MAS: Penoreh getah mengakui mereka terpaksa menukar kerja sepanjang musim tengkujuh bagi memastikan dapur rumah mereka terus berasap dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penoreh memberitahu situasi itu menyebabkan getah tidak dapat ditoreh sekali gus menjejaskan pendapatan untuk menyara keluarga. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penoreh Mohamad Shamsuddin Mamat, 59, berkata, ekoran itu dia kini terpaksa bekerja sebagai tukang rumah bagi memastikan kantung kewangan keluarga tidak…










