Saya mahu jemput Onn Hafiz duduk sebelah saya dalam kereta api - Loke

Saya mahu jemput Onn Hafiz duduk sebelah saya dalam kereta api – Loke

ANTHONY Loke Siew Fook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengundang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menaiki KTM Komuter Selatan bersama sempena pelancaran perkhidmatan itu pada Selasa depan.

Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak yang enggan duduk bersama pemimpin DAP kerana parti itu mengamalkan pendekatan pragmatik dan terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai parti politik.

“Kalau ada orang yang kata tak nak duduk dengan DAP, tak apa. Kita tak paksa. Tetapi saya nak ingatkan, Kerajaan Persekutuan masih ada DAP dan saya masih Menteri Pengangkutan.

“Saya nak jemput Datuk Onn Hafiz datang duduk bersama saya dalam KTM Komuter Selatan dari Kulai ke Johor Bahru.

“Walaupun dia kata dia tak nak duduk dengan saya, tak apa, saya tetap jemput dia duduk sebelah saya dalam kereta api,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH di Karisma Arena Seremban, di sini hari ini.

Terdahulu, Anthony berkata ketika menghadiri mesyuarat Kabinet pagi semalam, beliau masih duduk bersebelahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya hadir mesyuarat Kabinet pagi tadi (semalam), saya masih duduk sebelah Presiden UMNO. Tak apalah, ada orang yang ingat mereka lebih tinggi daripada orang lain walaupun dia tak berapa tinggi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha Agung DAP itu membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor yang menegaskan dirinya rela kehilangan jawatan berbanding duduk semeja dengan DAP.

Dalam pada itu, Anthony berpandangan, sikap keterbukaan dan kesabaran perlu menjadi pegangan pemimpin politik dalam mendepani perbezaan pandangan.

“Inilah sikap kita, semangat kita. Jadi orang politik, kesabaran kita mesti mencapai tahap dewa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN