Curi barangan antik, dua lelaki ditahan

Curi barangan antik, dua lelaki ditahan

ANTARA barangan antik yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri dua lelaki tempatan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki mencuri barang-barang antik termasuk pasu tembikar bernilai RM6,000 yang diletakkan di halaman sebuah rumah di Pasir Panjang di sini, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, hasil risikan dan maklumat, dua suspek lelaki berusia 29 dan 31 tahun itu ditahan polis pada 1 dan 2 November lalu dalam dua serbuan berasingan di Alor Gajah, Melaka dan Pasir Panjang, di sini.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa, seorang lelaki berusia 33 tahun berkenaan barang-barang antik miliknya yang telah hilang dan disyaki dicuri.

“Modus operandi suspek adalah mencuri tembaga yang diletakkan di halaman rumah dan akan menjualnya kepada pengumpul barang antik dan kedai barangan antik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, dengan penangkapan tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan empat kes kecurian tembaga antik, satu set kerusi dan meja yang dilaporkan hilang di kawasan Pasir Panjang di sini.

“Selain itu, pihak polis juga berjaya menyelesaikan satu kes kehilangan tempayan dan dua kes kehilangan kerusi dan meja di Alor Gajah, Melaka. 

“Hasil pendedahan tersebut, pihak polis berjaya merampas semula tempayan antik yang telah dijual kepada individu dan kedai barangan antik,” katanya.

Menurut Aidi Sham, hasil semakan mendapati salah seorang mempunyai suspek mempunyai enam rekod kesalahan dadah manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod jenayah. 

“Hasil ujian saringan air kencing bagi kedua-dua suspek adalah positif dadah jenis Methamphetamine dan suspek kini masih ditahan reman di lokap Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya